SUKAN DAN PERPADUAN

 





E-FOLIO PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

TAJUK: SUKAN DAN PERPADUAN



PROGRAM: PELANCONGAN REKREASI


NAMA PENSYARAH: 

WAN MOHAMMAD SABRI BIN WAN MAHMOOD


                                     NAMA AHLI KUMPULAN: 

1. MIMI WIRDAWATI SHERYNA BINTI IZANI (26DRT21F1010)

2. LISS LIANA SUWANSOMPHONG A/P TINAKON (26DRT21F1030)

3. MUHAMMAD IMRAN BIN AZIHAN (26DRT21F1023)

4. WAN MUHAMMAD AKASHAH BIN WAN ABDUL RAHMAN                (26DRT21F1001)

5. MUHAMMAD HABIBULLAH BIN MD RADHI (26DRT21F1039)

6. MUHAMMAD ALIF FAHMI BIN ABDUL HAKIMI                                  (26DRT21F1037)

7. RAJA NURHANIS ‘AQILAH BT RAJA MOHD                                          FUAD (26DRT21F1046)

8. NUR EMIE RAZLIEN BINTI RAHIM (26DRT21F1021)


 

ISI KANDUNGAN

BIL.

PERKARA

1

PENGHARGAAN

2

PENGENALAN

3

TOPIK : 

1.0  SUKAN MALAYSIA

1.1   PERANAN SUKAN DARI SEGI

        PERPADUAN

1.2   CONTOH-CONTOH SUKAN

1.3    PERANAN SUKAN DALAM MEMUPUK

         PERPADUAN KAUM

1.4   FAEDAH BERSUKAN DALAM

        PERPADUAN 

4

KESIMPULAN

 

PENGHARGAAN

       Selamat sejahtera.Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah berkatnya yang diberikan kepada saya dan rakan-rakan sepanjang proses menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

        Pertama sekali, kami sekumpulan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah kami,Tuan Wan Sabri kerana telah banyak membantu dalam memberi sokongan dan panduan yang diberikan untuk kami menghabiskan tugasan ini dengan sukses sekali. Beliau juga telah berjaya menjawab segala kekeliruan dan persoalan yang diajukan dengan jelas sekali.

          Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan seperjuangan saya yang tidak pernah leju memberi kerjasama sepanjang proses penghasilan e-folio ini. Walaupun kami terdiri daripada pelbagai bangsa,namun itu tidak mematahkan sikap Kerjasama antara sepasukan. Tidak lupa juga dengan rakan-rakan saya yang lain atas segala pertolongan yang diberikan semasa kami ditimpa dengan pelbagai cabaran. Mereka juga telah memberikan sedikit ilmu untuk diperkongsikan kepada kami.

               Akhir sekali,saya ingin mengucapakn sepuluh jari tanda penghargaan kepada sesiapa yang terlibat dalam proses membuat folio ini secara langsung dan secara tidak langsung.

 

PENGENALAN

         

          Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum.Biarpun berlainan fahaman politik, berbeza agama dan bangsa namun ketika menyokong pasukan negara yang bertanding, tembok yang tebal itu boleh dihapuskan.Contohnya, apabila pasukan Harimau Malaya bertanding, semua sempadan terhapus dengan sendirinya kerana kita memberi fokus agar kemenangan dapat berpihak kepada pasukan Harimau Malaya.

          Sama-sama bersorak, sama-sama menjerit dengan satu harapan agar Harimau Malaya dapat menang. Bila kalah, sama-sama kecewa. Tapi menang sama-sama, kalah pun sama-sama.Sukan dapat menyatukan rakyat kerana sukan adalah agen perpaduan. Aktiviti bersukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pada masa sama menerapkan disiplin dan integriti dalam kalangan peserta.

          Melalui sukan, kita juga akan menyelami erti perpaduan, menghormati antara kaum, menanam rasa cinta kepada negara dan sanggup membantu dalam mempertahankan kedaulatan negara.

           “Ini merupakan salah satu pengisian ke arah pencapaian matlamat konsep Keluarga Malaysia berdasarkan penglibatan semua pelajar pelbagai bangsa, budaya dan agama,”. Kata Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan yang sentiasa mendokong hasrat falsafah pendidikan negara untuk melahirkan insan yang seimbang. “Dasar ini sebenarnya selaras dengan dasar sukan negara yang bermatlamat untuk membudayakan sukan dalam kalangan masyarakat. “Oleh yang demikian, penyertaan setiap pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah amat penting sebagai satu landasan untuk melahirkan pelajar yang cergas, dinamik serta bersatu padu,” jelasnya.

         Melalui latihan sukan yang konsisten dan seimbang dari pelbagai aspek yang merangkumi minda, otot saraf dan emosi, sukan juga mampu membentuk pelajar yang cergas dan patuh kepada peraturan. “Selain itu, sukan juga dapat membentuk pelajar yang berhemah tinggi, bertanggungjawab, berdisiplin dan mempunyai jati diri yang kental serta mempunyai daya kepimpinan dan integriti yang tinggi,” ujarnya lagi. Tidak kira dalam apa jua sukan, kerjasama dan hubungan akrab akan lahir apabila pemain bertungkus-lumus dan bekerjasama menyahut cabaran sebagai satu pasukan.

 

TOPIK 1.0 SUKAN MALAYSIA

            Sukan dan perpaduan berperanan sebagai alat perpaduan tanpa mengira ideologi dan menyemarakan semangat patriotik dalam kalangan rakyat.Penyertaan aktiviti sukan tidak terhad kepada kaum tertentu kerana ianya membuka peluang seluas-luasnya bagi mereka yang berminat.Penubuhan majlis sukan sekolah Malaysia (MSSM) dan mengadakan termasya sukan Malaysia (SUKMA) setiap dua tahun sekali pada peringat awal.Kemudian SUKMA mula diadakan setiap tahun untuk merapatkan hubungan antara negeri.Aktiviti sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan pemain ataupun penonton.

          Sukan Malaysia adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan dibawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia ,Majlis-Majlis Sukan Negeri,Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia(MSSM),Majlis Sukan Universiti Malaysia dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.Seterusnya,Sukan ini juga merupakan kejohanan "beraneka sukan" (Multisport Competition) dan berkonsepkan "Mini Sukan Olimpik" di Malaysia yang melibatkan atlet remaja.

         Seterusnya,sukan Malaysia diadakan secara dwi tahunan,kemudian diadakan setiap tahun untuk mencungkin bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.

 

 1.1 PERANAN SUKAN DARI SEGI PERPADUAN

  • Sukan sebagai alat perpaduan dan antarabangsa Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan kaum.
  • Aktiviti sukan dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain
  • Aktiviti sukan dapat menyediakan peluang untuk bekerjasama dan saling memahami antara kaum.
  • Mewujudkan hubungan diplomatik antara sesebuah negara dengan negara lain



1.2 CONTOH-CONTOH SUKAN

 

1) BOLA SEPAK

2) BADMINTON

3) BOLA JARING

4) OLAHRAGA

5) RAGBI

6) BOLA BALING

 

                             BADMINTON                           

           Perpaduan yang dapat dilihat dari perkembangan sukan di negara kita ialah contoh dalam sukan badminton yang telah mendapat nama di peringkat tinggi iaitu Dato'Lee Chong Wei.Beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia dengan menyertai sukan ini.Selain itu,perpaduan antara kaum dapat dilihat antara satu sama lain.Pelbagai kaum iaitu Melayu,India dan Cina telah berganding bahu untuk memberi sokongan yang padu kepada Dato'Lee Chong Wei dalam sukan badminton ini.Hal yang demikian menjelaskan bahawa telah wujud perpaduan melalui sukan dalam negara kita.

 


 


BOLA SEPAK


 

Bola Sepak sebagai ejen penyatuan perpaduan kaum

        Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serius untuk kembali memperluaskan sukan bola sepak yang terbukti sebagai ejen paling ampuh dalam penyatuan,perpaduan dan membina negara untuk kegunaan semua lapisan masyarakat.Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin berkata perkara itu dapat dilihat melalui pembentukan pasukan kebangsaan pada era 1950-an hingga 90-an dan percaya dengan kerjasama seluruh masyarakat bukan Melayu, Zaman kegemilangan itu akan dapat dikembalikan.

Datuk Hamidin Mohd Amin berkata FAM juga mengajak masyarakat Cina untuk menyemarakkan semula penyertaan mereka dalam bola sepak tempatan bagi menawarkan dimensi berbeza terhadap landskap sedia ada di samping menjadikan bola sepak sebagai satu pilihan kerjaya anak-anak mereka.

 


RUMUSAN

         Di setiap negara mempunyai pelbagai jenis sukan yang menarik tetapi bola sepak juga merupakan raja sukan dan dijadikan sukan utama di negara kita pada masa kini.Jika dilihat di sukan SEA 2017 Malaysia telah menjadi tuan rumah dan telah mendapat juara keseluruhan .Tetapi untuk sukan bola sepak pula Malaysia yang mempunyai pemain yang berlainan kaum telah layak ke peringkat akhir.Penyokong Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum bersemangat memberi sokongan kepada pasukan Malaysia .Ini terbuktilah bahawa sukan bola dapat memberi perpaduan kepada negara.

         Ternyata bidang sukan memang menjadi salah satu menyatupadukan masyarakat di Malaysia.Tanpa mengira warna kulit,bangsa dan agama,bidang sukan sebenarnya telah memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat majmuk.Kerajaan dan pihak-pihak terlibat perlulah memainkan peranan dalam melestarikan bidang sukan dan tidak hanya memandang enteng terhadap bidang sukan yang merupakan salah satu agen menyatupadukan masyarakat.


               


 

 

 1.3 PERANAN SUKAN DALAM MENYATUPADUKAN PERPADUAN KAUM

 

    Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaan dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa. Zaman bola sepak negara tahun 1980-an pasti tidak akan lupa kepada Allahyarham Mokhtar Dahari, Hassan Sani, V Arumugam, Soh Chin Aun, James Wong, Torai Raju, Wan Jamak, V Gunalan, Zainal Abidin dan Khalid Ali. Walaupun tidak dinafikan sukan juga menjadi ancaman provokasi perkauman sebagaimana yang berlaku dalam liga bola sepak luar negara, namun sering kali kita melihat sukan akan menjadi alat perpaduan dalam kalangan masyarakat umum walaupun mempunyai pelbagai perbezaan termasuk fahaman politik masing-masing. Ketika Perang Dunia Kedua, sukan menjadi alat untuk mengetepikan perbezaan masing-masing dan tempat penyatuan negara-bangsa yang boleh bersama walaupun mempunyai latar belakang pemerintahan dan struktur tadbir urus berbeza.

 

 


 

      Di samping mengutamakan dasar dan pembentukan agenda pembangunan sukan, Malaysia juga berjaya dari penganjuran sukan di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Ini termasuklah Sukan Malaysia (Sukma) yang diperkenalkan olehnya dan kini menjadi temasya sukan terbesar dalam negara. Sukma XV baru-baru ini diadakan di Pahang bertemakan 'Sukan Menjana Perpaduan'. Begitu juga dengan kejayaan menganjur Sukan SEA 1989 yang melihat Malaysia memenangi pingat emas terbesar (69 pingat emas) untuk sukan itu; yang juga merupakan pencapaian terbaik yang pernah diduduki oleh Malaysia di arena antarabangsa.

 

        Seterusnya, dalam sukan badminton, Malaysia melayakkan diri dalam perlawanan akhir Piala Thomas 1988 dan 1990; sejarah yang masih terpahat dalam pencapaian secara keseluruhan aktiviti sukan negara. Perpaduan dalam negara yang rencam menjadi indikator penting agar sukan tidak menjadi alat politik tetapi menjadi alat 'penghubung' keseluruhan warganya. Sukan sebagai alat perpaduan harus diketengahkan dengan lebih tersusun di pelbagai ruangan termasuk sekolah dan kawasan penempatan. Pencapaian di kesemua peringkat yakni kampung, daerah, negeri dan nasional serta antarabangsa mesti diperluaskan supaya Malaysia akan menjadi gah sebagaimana Jepun dan Korea Selatan yang satu ketika dahulu di belakang Malaysia. Mutu pencapaian di peringkat antarabangsa banyak bergantung kepada organisasi dan bukan semata-mata atlet yang terlibat.

 


 

 

Maka, perpaduan bukan sekadar dalam kalangan masyarakat; tetapi juga segenap lapisan stratifikasi kepimpinan dan organisasi sukan agar perpaduan tidak dikompromi tetapi dijadikan sebagai benteng pembinaan jati diri menyeluruh. Ini kerana sukan merupakan antara mekanisme penting dalam melentur semangat 'kekitaan'. Dalam membangunkan prestasi sukan, ia sekali gus juga dapat memaparkan usaha memupuk penerimaan ke atas kepelbagaian sukan yang wujud dari masyarakat pelbagai etnik. Sukan mampu memecah tradisi dominasi oleh sesuatu etnik terutama dengan penampilan 'kemajmukan' bukan sahaja dari segi penyertaan tetapi lebih dari itu, menghargai dan mencipta 'semangat satu negara, satu matlamat'.

 




 

Sukan mempunyai nilai murni yang boleh melahirkan generasi cergas, sihat bukan sahaja dari segi fizikal dan rohani tetapi keupayaan mengukuhkan kesejahteraan pelbagai masyarakat dalam memastikan perpaduan terus utuh juga mampu menjadi sebahagian dari proses meraikan kepelbagaian kelompok etnik yang ada di negara ini. Sukan adalah 'penjana' dalam mempertahankan keharmonian, kemuafakatan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat negara ini di bawah prinsip Keluarga Malaysia.

 

 


 

      Matlamat utama   Dasar Sukan Negara adalah untuk mewujudkan budaya sukan dalam kalangan rakyat Malaysia. Budaya sukan ini merangkumi penyertaan dalam aktiviti sukan dan kegiatan fizikal melalui Sukan Untuk Semua2, Sukan Prestasi Tinggi dan sukan sebagai industri. Dasar Sukan Negara menggariskan matlamat, objektif, strategi, peranan dan tanggungjawab setiap agensi kerajaan, bukan kerajaan, persatuan-persatuan sukan, rekreasi dan kecergasan, majlis-majlis sukan, institusi-institusi pengajian serta badan dan individu yang terlibat dengan sukan. Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa.

 

Dasar ini adalah untuk semua lapisan masyarakat, merangkumi program-program Sukan Untuk Semua dan Sukan Prestasi Tinggi. Penggubalannya  adalah berlandaskan rancangan pembangunan negara. Sukan diberi pengiktirafan, penghormatan dan penggalakan yang sama penting dengan sektor sosial yang lain bagi mencapai matlamat pembangunan negara, perpaduan dan kestabilan yang berterusan. Sukan mampu menggalakkan pertandingan yang sihat, sikap muhibah dan toleransi yang tinggi, persefahaman dan pembinaan kualiti moral dan fizikal yang berterusan. Sukan memberi peluang dan ruang untuk mengintegrasikan pelbagai kaum kepada satu masyarakat yang bersatu padu ke arah pemupukan maruah bangsa dan negara. Sukan memberi manfaat yang amat besar terhadap aspek kemanusiaan sejagat yang melibatkan peranan individu, masyarakat dan negara. 

 

 

 


 

 1.4 FAEDAH-FAEDAH BERSUKAN DALAM PERPADUAN

 

       Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing, peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah, pengukuhan interaksi sosial dan penguasaan kemahiran pergerakan asas dan kompleks. 

 

        Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan tahap kesihatan komuniti dan produktiviti, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan.

 

          Di peringkat antarabangsa, sukan menyumbang kepada pemupukan jalinan dan kerjasama antarabangsa, peningkatan ketahanan dan daya saing; dan peningkatan kecemerlangan dan imej negara. 

 

          Dalam konteks pembangunan ekonomi, sukan adalah satu sektor ekonomi yang dapat menjana pendapatan dan peluang pekerjaan, bukan sahaja kepada atlet tetapi juga kumpulan sokongan, pengeluar peralatan sukan, media dan lain-lain pihak yang berkaitan.

 

 

KESIMPULAN

 

Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, sukan merupakan aspek yang penting untuk memupuk perpaduan antara kaum. Selain itu, dapat diketahui tokoh sukan dalam semua aspek kaum. Kajian ini dilakukan untuk mengetahui perpaduan sukan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. Sukan amat bagus untuk kesihatan kerana ia dapat mencergaskan otak dan juga mencergaskan anggota badan kita selain menyatupadukan pelbagai etnik di Malaysia. Sukan terdiri daripada aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan untuk pertandingan, keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan, dan sebagainya.

 

Sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan mahupun kepercayaan. Di peringkat individu, sukan menyumbang kepada pembentukan sahsiah positif, kesedaran diri dan berdaya saing selain peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal menerusi penggunaan masa senggang secara berfaedah. Di peringkat masyarakat, sukan menyumbang kepada peningkatan jalinan perhubungan di antara pelbagai kaum, peningkatan semangat kesukarelaan, penyertaan, kerjasama dan sokongan. Selain itu, ia meningkatkan kecemerlangan imej negara dan jalinan kerjasama antarabangsa.
















Comments

  1. Wuuuuuuuuu...... Elok aihhhhh.. mntap πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  2. Boleh buat rujukan jgk niy untuk assignments lainπŸ™„πŸ™„πŸ™„

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

ADAT SEBAGAI HUKUM