ADAT SEBAGAI HUKUM
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kami panjatkan kehadrat Allah, Tuhan seru sekalian alam dengan keizinannya dapat kami selesaikan blog ini yang bertajuk “Adat sebagai hukum" dalam tempoh waktu yang ditetapkan. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.AW kerana berkat usaha Baginda, dapat kita hidup dengan nikmat iman dan Islam yang agung ini.
Dengan itu, jutaan penghargaan kami tujukan kepada pensyarah kami iaitu, Dina Binti Abdul Khalik dalam subjek Pelancongan dan Hospitaliti dalam Islam kerana banyak memberi tunjuk ajar dan panduan kepada kami dalam menjayakan proses penghasilan blog ini.
Dengan ini, kami telah bersepakat untuk memilih tajuk ini berikutan
menariknya tentang adat yang dapat dijadikan sebagai rujukan hukum dalam
kalangan masyarakat. Dengan ini, kami sekumpulan mempersembahkan hasil kerja
kami berkaitan tajuk adat ini bagi memberi lebih kefahaman kepada masyarakat
tentang syariat adat serta contoh-contohnya. Semoga berkat hasil kerja kami
ini, dapat dijadikan panduan kepada seluruh umat manusia untuk menguatkan lagi
keimanannya ke atas Islam.
PENGENALAN
Dalam
bahasa arab terdapat dua istilah berkenaan dengan kebiasaan iaitu adat dan
uruf. Adat membawa erti perbuatan atau amalan yang diulang-ulang yang menjadi
budaya dan kebiasaan yang dapat diterima dalam kalangan masyarakat. Manakala
uruf pula bermaksud sesuatu perkara yang telah diketahui oleh individu atau
masyarakat yang tinggal di sesuatu kawasan dan menjadi kebiasaan mereka
mematuhinya sama ada dalam bentuk perkataan ataupun perbuatan. Uruf
juga berkaitan perkara-perkara yang mereka tidak lakukan kerana kefahamannya
mengenainya. Biarpun definisi adat dan uruf nampak berbeza, namun
kebanyakan ulama meletakkan ia sebagai satu perkara sama.
ADAT ATAU URUF TERBAHAGI KEPADA 4 BAHAGIAN IAITU:
Perkembangan teknologi kejuteraan dan inovasi yang dilakukan hari ini bertujuan mempercepat lagi proses penyampaian -E-mel menjadi pengganti kepada surat
3) ADAT SAHIH: Adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat, tidak menghalalkan yang haram,tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat.
CONTOHNYA: Seseorang mengguna khidmat SMS,ATM, pejabat pos, perbankan untuk membayar zakat fitrah.
Pembayar zakat biasanya membayar zakat melalui amil yang dilantik sama ada di masjid atau di kaunter pusat zakat.
Atas sebeb perkembangan sains teknologi dan kejuruteraan,pembayar zakat diharuskan menggunkan sistem yang disebutkan di atas.
4)ADAT FASID ATAU ROSAK: Adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat
CONTOHNYA: Bentuk-bentuk perandingan yang menggunakan sistem pesanan ringkas yang mempunyai unsur pertaruhan
Tujuan SMS ini untuk memudahkan komunikasi sesama manusia, namun teknologi dan khidmat yang disediakan mempunyai unsur penipuan.
SYARAT-SYARAT BERAMAL DENGAN ADAT
Dalam mejadikan adat sebagai rujukan hukum, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi yang tidak melanggar apa-apa hukum syarak. Dengan itu, adat dapat diselarikan dengan zaman yang semakin maju berkembang ini dalam kalangan masyarakat sekaligus tidak melanggar mana-mana hukum syarak.
Syarat yang pertama adalah adat itu mestilah tidak berlawan dengan nas dan syarak. Contohnya seperti adat membuat urusniaga diatas talian. Adat ini telah berkembang selari dengan kewujudan internet yang semakin berkembang di zaman ini. Pembeli dan penjual tidak bersua muka ketika melakukan urusniaga. Tidak dinafikan kaedah ini asal bertentangan nas syarak, yakni tidak boleh berurus niaga dengan benda yang tidak ada dihadapan mata tetapi ulama telah menerimanya atas kaedah maslahat dan telah dijadikan amalan biasa dalam masyarakat, oleh itu ia tidak berlawanan dengan semua aspek hukum. Namun begitu, sesuatu perniagaan yang bertentangan dengan hukum dan syarak seperti perniagaan yang berlandaskan riba adalah haram sama sekali seperti yang telah Allah firman didalam Al-quran.
Yang kedua pula adalah adat yang diterima harus itu hendaklah
diamalkan oleh individu dalam masyarakat secara menyeluruh dan
meluas. Bahkan, jika ada yang tidak mengamalkannya, jumlahnya amat
sedikit. Contoh amalan ini ialah adat menunaikan solat Tarawih yang
diadakan secara berjemaah. Sedangkan pada hakikatnya, solat Tarawih tidak
semestinya diadakan secara berjamaah. Bahkan sebenarnya, elok ditunaikan
di rumah secara berseorangan atau bersama ahli keluarga. Di Malaysia ini,
apabila disebut saja solat Tarawih mesti dilakukan secara beramai-ramai di
surau ataupun masjid dan yang tidak melakukannya dianggap tidak membuat Tarawih
bahkan dia membuatnya di rumah. Begitulah gambaran besarnya
pengaruh adat dalam masyarakat.
HUKUM BERAMAL DENGAN ADAT
Umum diketahui, masyarakat Melayu dulu beragama Hindu dan mengamalkan adat tertentu. Dalam situasi ini, mana-mana adat diamalkan sesuai dan selari dengan matlamat dan prinsip Islam, ia diteruskan sebagai satu adat yang diterima. Sebagai contohnya, adat bersanding dan menepung tawar pengantin.
Manakala, mana-mana adat yang bercanggah dengan syariat ditolak seperti adat mempercayai tenung nasib yang ditegah syarak. Firman Allah SWT surah al-Maidah ayat 90 bermaksud: “Wahai orang beriman! Sesungguhnya arak, judi, penyembahan berhala dan bertilik nasib adalah najis (haram), dan ia dari perbuatan syaitan.”
Manakala ada adat dipinda atau perbaiki agar selari dengan matlamatnya. Contohnya, kebiasannya pengantin perempuan mendedahkan aurat ketika bersanding. Namun, kini atas kesedaran agama, kebanyakan pengantin wanita bersanding dalam keadaan menutup aurat.
Penerimaan adat sebagai sumber hukum bukan bererti manusia boleh menentukan sendiri hukum agama. Hakikat sebenar sumber hukum utama adalah daripada Allah SWT dengan syarat-syarat tertentu. Kebenaran menggunakan adat sendiri adalah tetap berdasarkan kepada sumber hukum sebenar. Adat hanya menjadi cabang yang tumbuh daripada pokok hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.
Sekian, Terima Kasih !
Comments
Post a Comment